SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -60 DAN SALAM AIDILADHA KEPADA PENGUNJUNG SEMUA

1 Bestarinet VLE Frog

Apakah yang diperlukan untuk membuka Frog VLE?

1. Komputer / Laptop / Netbook / Chromebook / Telefon pintar

2. Pelayar Google Chrome (Jika tiada boleh muat turun di sini)

Muat Turun Google Chrome (tekan sini)

3. Talian internet / talian data mudah alih (Mobile data)

4. Anda perlukan ID & Katalaluan anda

 

Apakah alamat sesawang Frog VLE?

Sila klik pada alamat sesawang di bawah untuk terus di bawa masuk ke dunia maya Frog VLE

https://wba0077.1bestarinet.net 

 

Bagaimana log masuk

Log masuk dengan 1BestariNet Yes ID anda dan alami Frog VLE dalam 
3 langkah mudah!  

Lihat video di bawah ini untuk Log Masuk Pengguna Baru
 

1. Buka Google Chrome dan sila taipkan alamat VLE sekolah anda ke dalam bar URL.
2. Taipkan ID Yes 1BestariNet dan kata laluan yang telah diberi oleh Pentadbir Frog kepada anda dan kemudian, klik ‘Login’.
3. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk, terma dan syarat akan dipaparkan. Anda perlu menggunakan bar skrol di sebelah kanan anda untuk membacanya secara penuh. Anda mesti mengklik kotak semak dan kemudian mengklik butang ‘Accept’ untuk meneruskannya.
4. Kini anda sudah pun bersedia untuk memulakan perjalanan Frog anda!
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.