Menu Pilihan masih dalam pengubahsuaian, harap bersabar. Terima kasih.

20 January 2015

Makluman Aktiviti Kokurikulum Sepanjang Tahun 2015

Murid-murid telah diberikan surat makluman berkenaan dengan aktiviti kokurikulum setiap Rabu bermula pada 21hb Januari 2015 sehingga akhir tahun. Sila rujuk maklumat daripada surat makluman yang telah diberikan. Anda juga boleh mencetak surat di bawah jika diperlukan. Terima Kasih.


17 January 2015

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

SK SERI NILAM KUALA LUMPUR

Luar biasa dan Tahniah Cikgu!! Sedang orang lain berehat di rumah, guru-guru SK Seri Nilam meneruskan perjuangan mereka di sekolah. Pada Sabtu, 17 Januari 2015 telah diadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu Peningkatan Profesionalisme Guru. Guru-guru telah diberikan LDP oleh Guru Besar SK Seri Nilam sendiri Tn Hj Ahmad Fuad bin Ahmad. Berikut adalah gambar beberapa perjalanan LDP.


12 January 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA MURID TAHUN 2015

Syukur Alhamdulillah sekali lagi bantuan datang untuk meringankan ibu bapa dan penjaga dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak pada tahun ini. Berikut adalah tarikh dan waktu yang sesuai untuk hadir mengambil bantuan awal ini. 

Tarikh: 15 Januari 2015

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Dewan Terbuka SK Seri Nilam, Kuala Lumpur.

(Sila bawa bersama Kad Pengenalan tuan/puan bagi melancarkan proses penerimaan wang)


1 January 2015

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Penjelasan Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015
Akibat Banjir


30 December 2014

Projek Inovatif

Projek Inovatif

Terbaik!!! Alhamdulillah, nampak seperti meja baru. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek inovatif ini. Projek kali ini ialah guru-guru mengubahsuai meja McD yang telah rosak untuk dijadikan "Baru" semula. Selepas ini, tiada lagi meja yang terbiar dan terbuang. Meja-meja dan kerusi-kerusi yang rosak akan menjadi baru selepas ini. Tahniah sekali lagi. Berikut adalah beberapa kejadian yang dapat diambil ketika projek dijalankan. 

 
TIADA UNGKAPAN YANG DAPAT DIKELUARKAN KEPADA MANGSA
BANJIR DI PANTAI TIMUR. SEMOGA ANDA TABAH MENGHADAPI DUGAAN 
DAN CABARAN YANG DIBERIKAN. HANYA DOA YANG TERBAIK KAMI POHONKAN
KEPADA ANDA NEGERI DI PANTAI TIMUR


29 December 2014

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

 
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

UNTUK RUJUKAN, SILA KLIK PADA LINK BERIKUT:
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551

Untuk perhatian ibu bapa penjaga, Orientasi Tahun 1 masih pada hari yang sama iaitu:
31 Disember 2014 bersamaan hari Rabu

21 November 2014

Koleksi Pertandingan Memasak Unit Beruniform Tahun 2014



3 August 2014

Blog PPDA


LAWATILAH BLOG PPDA KAMI PADA RUANGAN TAB MENU DI ATAS
HANYA KLIK PADANYA DAN ANDA AKAN DIBAWA TERUS KE BLOG PPDA KAMI

TERUSKAN MELAWAT UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM-PROGRAM YANG DIADAKAN DI SK SERI NILAM, KL

*ATAU ANDA BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK KE BLOG PPDA KAMI

1 June 2014

Usaha Tangga Kejayaan, 
Kejayaan Yang Cemerlang dan Gemilang

Tahniah kepada guru-guru, Pn. Siti Zarina, Pn Nik Nur Izzati dan juga Pasukan Pantun Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. Ini berikutan dengan kemenangan di dalam Pesta Pantun Petaling Jaya 2014, bertempat di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. SK Seri Nilam telah dijemput oleh pihak MBPJ untuk menyertai pertandingan tersebut. Terdapat kategori sekolah rendah iaitu terdiri daripada 6 sekolah daerah Petaling dan 1 daripada Kuala Lumpur. 

Pasukan sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam acara ini. Mereka telah mendapat hadiah wang tunai RM200, sijil, piala serta hamper. Berikut kenangan kemenangan mereka.


20 May 2014

Kemenangan Demi Kemenangan di kecapi SK Seri Nilam
Pertandingan e-PPDa, PPDa
Naib Johan e-PPDA Wilayah Sentul
Tahniah kepada pasukan e-PPDa SK Seri Nilam, Kuala Lumpur. Mereka telah mendapat tempat Kedua (Naib Johan) dan peserta terdiri daripada Nazatul Qistina, Adib dan Siti Sarah. Tahniah juga kepada guru yang telah bersusah payah menyediakan bahan serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ini terutamanya Cik Noor Asiah Idrus. SK Seri Nilam akan mewakili Wilayah Sentul untuk pertandingan peringkat Negeri. Tahniah kepada peserta dan guru-gurunya. SK Seri Nilam,KL Pasti! Pasti! Berjaya.
Sedikit kenangan Kemenangan yang dikecapi.


20 April 2014

Sepak Takraw Zon Sentul

Kejohanan Sepak Takraw Zon Sentul

Tarikh: 14.4.2014 sehingga 18.4.2014
Tempat: Taman Bolton


SK Seri Nilam telah membuat kejutan!! Terbaik!! SK Seri Nilam telah menjadi Johan Kategori Berkumpulan dalam Kejohanan Sepak Takraw Zon Sentul. Ini bermakna SK Seri Nilam akan mewakili Zon Sentul dalam sepak takraw. Syukur Alhamdulillah kerana SK Seri Nilam namanya semakin harum di Zon  Sentul.'Final' mereka telah berlawan dengan SK Kepong Baru dan mendapat kemenangan,  Kemenangan demi kemengan dikecapi. 'Jutaan terima kasih kepada jurulatih mereka iaitu Ustaz Fariq, Ustaz Din, Cikgu Mohd Asri, Cikgu Zaki serta ramai lagi. Juga kepada cikgu-cikgu SK Seri Nilam yang memberikan sokongan moral. Tahniah, Tahniah, Tahniah!!! Berikut merupakan murid-murid yang telah mengharumkan nama SK Seri Nilam.....

Pasukan Sepak Takraw SK Seri Nilam
Muhammad Sukri Shamil
Izzat Rahimi Ismazt
Muhammad Danish Itqan Azli
Zool Irfan Zool Fadli
Danie Asyraf Fadzli
Abdul Afiq Hilman Abdul Halim
Muhammad Ariff Mazramzi
Muhammad Asyraf Azman
Muhammad Shahairul Khairuldin
Ahmad Daniel Ahmad Terangi
Abdul Manan Jamaludin
Muhammad Syafiq Hafiz Hilmy



17 April 2014

Pertandingan Pesta Pantun

Pertandingan Pesta Pantun

Sekolah-Sekolah Rendah

Wilayah Sentul 2014

Satu pertandingan yang merupakan ujian kepada minda bakal-bakal pemimpin. Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah, Wilayah Sentul. Ini merupakan satu pertandingan yang menguji minda murid-murid bagaimana untuk berfikir secara pantas. Pertandingan ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama, bertempat di dewan terbukanya pada 16 April 2014.
SK Seri Nilam telah menghantar wakil untuk ke pertandingan ini. Mereka semua telah dilatih oleh Cikgu Pn. Nik Nur Izzati dan Cikgu Pn. Siti Zarina. Tetapi amat memeranjatkan, SK Seri Nilam telah menjadi semakin hebat apabila telah memegang tugas untuk mewakili Zon Sentul. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan pesta pantun ini. Tahniah kepada pasukan sekolah, SK Seri Nilam telah berjaya mencipta nama dalam arena ini. 

Tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan serta mengharumkan nama sekolah. Alhamdulillah.

Saksikanlah detik kemenangan mereka di bawah ini.......

16 March 2014

Majlis Tadarus Al-Quran

Sekolah-sekolah PPW Sentul Kali Ke-40

"AL-QURAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH"

Pada 8 Mac 2014, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah PPW Sentul kali ke-40. Sekolah telah menghantar wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan. Sukacita dimaklumkan bahawa wakil sekolah telah mendapat Tempat Ketiga iaitu dalam acara Azan. Murid tersebut ialah Ahmad Adib. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Adib kerana telah memenangi acara berikut. Tahniah dan Jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fariq yang telah melatih beliau sehingga mendapat kemenangan. Luar Biasa dan teruskan perjuangan anda semua. Alhamdulillah. 


6 March 2014

Jom Kenali Sarana

'KARNIVAL JOM KENALI SARANA' PERINGKAT WILAYAH PERSEKTUTUAN SENTUL

Berikut adalah butiran berkenaan karnival:

Tarikh
22 Mac 2014

Hari
Sabtu

Masa
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat
SMK Bandar Baru Sentul

Anda juga boleh merujuk surat berikut untuk pencerahan:


21 January 2014

SK SERI NILAM KUALA LUMPUR TELAH "DISERANG" 
OLEH IBU BAPA

Berita terkini, Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Lumpur pada hari ini telah "diserang" oleh ibu bapa. Ini adalah susulan daripada pengumuman serta makluman melalui surat yang telah diedarkan oleh pihak sekolah semalam pada 20 Januari 2014 kepada murid-murid SK Seri Nilam, KL. Akibatnya pihak sekolah telah menerima "serangan" tersebut dengan pintu yang terbuka. 

Ibu bapa serta penjaga telah diberikan BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2014 pada 21 Januari 2014. Ibu bapa menerimanya dengan hati yang terbuka dan senyuman yang lebar setelah menerima Bantuan Khas tersebut yang telah diberikan kepada mereka. Dapatlah ianya meringankan beban ibu bapa. 

Terima kasih juga kepada guru-guru yang telah menjalankan tugas dengan penuh berkualiti, In Syaa Allah. Semoga usaha anda semua dapat diteruskan untuk anak didik kita.

Berikut adalah beberapa perjalanan ketika "serangan" di buat.......

17 January 2014

Indahnya Hidup...

CERITANYA......
Ceritanya... 
Semalam, Ada mak bapak yg datang meradang, 
Menghentak meja,
bersuara lantang, 
Meluah rasa menjeling pandang, 
Kecik hati tidak diundang, 
Marah benar bila dibuang, 
Macam amuk pemain bola dibuang padang.... 
  
Ceritanya..... 
Semalam, 
Maruah cikgu diejek-ejek, 
Dikata tidak layak jadi pendidik, 
Ijazah yang ada sekadar dikelek, 
Masa mengajar dipendek-pendek, 
Pengalaman yang ada disukat cetek.... 
Telinga cikgu mendengar jelek... 
 Ceritanya, 
Hari ini, Ada murid yang datang lewat, 
Sedangkan rumah duduknya dekat, 
Cikgu pun tanya kenapa liat? 
Hari-hari lambat, kemana solat? 
Muka murid tersenyum kelat, 
Otak murid berfikir ligat, 
Nak gentar apa, cikgu tidak boleh nak sebat, 
Paling tak tulis nama dalam buku lewat.... 
 Ceritanya,
Hari ini, Ada cikgu mengajar di depan kelas, 
Ada murid dibelakang bersembang bebas, 
Ada kerja untuk satu kelas, Tapi yang siap tidak sampai sebelas, 
Marah cikgu berbekas-bekas, 
Niat dihati mengajar ikhlas, 
Yang rajin tiga belas, Yang lain malas! 

Ceritanya, 
Esok-Esok, Result 'Exam' keluar, 
1 sekolah berdebar-debar, 
Mak bapak  tidak sabar-sabar, 
Mesti result anak aku bikin gempar... 
Silap-silap masuk surat khabar.... 
 
 Ceritanya, Bila 'result' mula diumumkan, 
Anak dapat cukup-cukup makan, Anak nangis mintak ehsan, 
Bukan apa takut balik dirotan, 
Anak dipujuk, cikgu disalahkan, 
Konon cikgu tidak berkelayakan, 
Ilmu yang ada tidak cukup padan.... 
Mak bapak melepas baran, 
Anak aku bukan sebarangan, Lahir dari keturunan tuan-tuan, 
Patut dapat keputusan NO. 1..... 


Ceritanya..... 
Hari ini, Hati cikgu mendidih-didih, 
Mak bapak tidak tahu berterima kasih, 
Hati cikgu mana tidak sedih, Tapi cikgu hatinya jernih, 
Marah pergi sejuk diraih, 
Biar mak bapak makinya berbuih, 
Nawaitu cikgu bersifat bersih.... 
Luhur hatinya tetap ditagih, 


Hari ini, 
AKU BERTERIMA KASIH.... Pada guru yang berperit jerih, 
Yang tidak pernah letih, Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih, 
Cukuplah sekadar TERIMA KASIH

15 November 2013

Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah di Majlis Anugerah Cemerlang ini. Semoga dengan mendapat anugerah ini, anda akan lebih memajukan lagi diri anda. Untuk yang kurang berjaya pada tahun ini (2013), cuba lagi hingga menempa kejayaan yang cemerlang.

"Usaha adalah salah satu cara untuk mendapat kejayaan,
semoga kita semua mendapat kejayaan yang luar biasa."

Tahniah, Tahniah, Tahniah

14 November 2013

Keputusan UPSR 2013 telah keluar.... 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah mengambil UPSR pada tahun ini. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana keputusan UPSR SK Seri Nilam, KL telah lebih meningkat pada tahun ini. 

GPS pada tahun 2012 bersama PPKI ialah 2.28, manakala tanpa PPKI ialah 2.26. Itu ialah keputusan GPS pada tahun 2012. Tetapi pada tahun ini, SK Seri Nilam lebih unggul dan ternyata menunjukan peningkatan. GPS pada tahun ini 2013 ialah 2.12 bersama PPKI dan tanpa PPKI ialah 2.09. Hebat.

Berikut ialah peratusan lulus untuk setiap matapelajaran dalam UPSR 2013:
(011) BM Pemahaman - 98.8%
(012) BM Penulisan - 96.4%
(014) Bahasa Inggeris - 74.7%
(015) Matematik - 90.4%
(018) Sains - 94%
Tahniah kepada yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR iaitu 5A dan 4A 1B. Tetapi keputusan GPS ialah juga sumbangan daripada semua murid-murid tahun 6. 

Untuk yang kurang berjaya, Insyaallah anda masih ada peluang pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik serta mengajar murid-murid SK Seri Nilam Kuala Lumpur. Teruskan Usaha Guru-Guru Semua..... Insyaallah..... 

Yang mendapat keputusan 5A adalah seperti berikut:
1. Anisah bt Mohd. Fauzie
2. Siti Masyitah bt Abdul Razak
3. Nur Nabilah Safiah bt Salafian
4. Amir Ashraf bin Zahari

Yang mendapat 4A 1B adalah seperti berikut:
1. Muhd. Kasyful Azhim bin Roslan
2. Nur Alifah Ilyana bt. Rosli
3. Nagasri a/p Prikash Rao
4. Muhd Daniyal bin Razman
5. Muhd Naim bin Syahbani

Gambar-gambar Kenangan:

8 November 2013

Frog VLE Champion Leader

Pada bulan (Oktober) lepas, pihak PKG Sentul telah mengadakan Bengkel sehari untuk bakal Frog VLE Champion Leader sekolah. Mereka telah mendapat latihan untuk pendedahan Frog VLE. Mereka adalah Azah Nursofea bt. Anual (5 Arif) dan Najah Hayati bt Nordin (5 Bestari). Mereka ini akan menjadi Leader dalam Frog VLE untuk tahun hadapan (2014)
Berikut adalah gambar-gambar mereka:-


6 November 2013

SK Seri Nilam Kuala Lumpur "TERBAKAR"

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana semua warga SK Seri Nilam Kuala Lumpur telah terselamat daripada 'kebakaran' pada hari ini. Ini adalah kerana berpunca blok A bangunan sekolah ini.

Pihak bomba telah datang tepat pada masanya untuk datang memadamkan 'kebakaran' yang telah berlaku.....KEBAKARAN?

Alhamdulillah, "KEBAKARAN" yang berlaku adalah berpunca daripada hasil berbulan-bulan perancangan pihak pentadbir bersama jawatankuasa kawad kebakaran dan keselamatan sekolah. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada pasukan bomba cawangan Gombak Selatan iaitu di Taman Koperasi Polis Fasa 1. "Fire Drill" ini telah dilakukan secara realistik oleh pihak bomba dan seorang mangsa yang terperangkap telah diselamatkan oleh pihak bomba. 

Ramai juga yang melihat daripada luar kerana bunyi siren bomba telah menggemparkan ramai orang di kawasan Bullion Mewah. Tetapi pihak bomba telah berjaya mengawal keadaan dengan pantas. Tahniah pihak bomba. Tahniah Guru-guru. Tahniah pihak pentadbir & jawatankuasa Kawad kebakaran dan Keselamatan sekolah kerana telah merancang semua ini untuk anak-anak didik kita berhadapan dengan keadaan sebenar kebakaran. 

In Shaa Allah, tahun-tahun akan datang kita akan buat lagi. Bolehlah melihat beberapa adegan serta gelagat semasa "Fire Drill" dilakukan dibawah. 

TAHNIAH SEMUA!!


11 September 2013

Tahniah!! 
Kepada calon-calon UPSR 2013,  selamat menjawab. 
Semoga mendapat kejayaan dalam UPSR 2013.
Usaha guru-guru anda balaslah dengan jujur serta amanah.

1 January 2013

Selamat Kembali ke Sekolah
Selamat Datang 2013

Selamat Sejahtera diucapkan kepada anda semua. Semoga di tahun baru ini 2013, anda akan lebih berusaha serta dapat mengukuhkan diri dengan ilmu yang bakal dipelajari. Insyaallah, semoga anda akan berjaya pada tahun 2013 berbanding 2012. Kepada semua murid, belajarlah dengan hebat pada tahun ini kerana usaha anda akan dibalas dengan kejayaan yang bakal ditempa.