SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE -60 DAN SALAM AIDILADHA KEPADA PENGUNJUNG SEMUA

PPPM (2013-2025)

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)


 Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. 
 Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. 
 Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.

Untuk keterangan lanjut mengenai PPPM (2013-2025) anda boleh lihat atau memuat turun fail PDF berikut:-

 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)